Program-program pembangunan dan promosi geopark Langkawi Geopark

Ekspedisi Saintifik dan Khazanah Alam 2003

Ekspedisi ini diketuai Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab. Seramai 150 saintis, penyelidik dan sukarelawan dari universiti tempatan menjalankan kajian dan pengumpulan data meliputi aspek geografi, sumber alam semula jadi, flora dan fauna, ekologi, tanah dan mikrobiologi.

Terdapat 35 spesies lumut dan 44 spesies rumpai mikro ditemui di sekitar kawasan Teluk Datai. 17 spesies cengkerik hidup turut direkodkan.Spesies ketam batu ( Geosesarma Foxi) yang hampir pupus telah ditemui di Gunung Raya. Ketam batu ini pernah direkodkan oleh B.H. Buxton juga di Gunung Raya pada 1914.Spesies ikan air tawar Angulia Marmorata yang dikatakan lebih 40 tahun tidak ditemui telah dijumpai di kawasan Temurun dan Telaga Tujuh.

Spesies tumbuhan yang tidak terdapat di kawasan lain di Malaysia terdapat di Langkawi. Antaranya ialah cycas clivicola (pokok bogak), paphiopedilum niveum (orkid), lagerstraemia langkawiensis (pokok bungor), globba fragilis (halia), asparagus vacemosus (asparagus liar), maxburettia gracils (pokok palm) dan hymenodictyon excelsum (kopi).Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad mengesahkan kajian tersebut[3].

Kerajaan mengadakan promosi Langkawi Geopark di peringkat dunia di Scandinavia seperti di Oslo, Norway, Stockholm, Sweden dan Copenhagen, Denmark selaras dengan Tahun Melawat Kedah 2008. [4]

Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM2 juta menyediakan infrastruktur di geopark Langkawi untuk kemudahan pelancong termasuk membina pusat penerangan, tempat rehat dan rekreasi, laluan hutan, pelantar tinjau, papan tanda dan landskap.Sebuah hotel baru dinamakan Hotel Langkawi Geopark.

Padang golf bertaraf dunia dijangka siap 2009 dan membina hospital swasta sesuai dengan konsep pelancongan kesihatan. Acara sukan akan diteruskan seperti Le Tour de Langkawi (LTdL), Kejohanan Ironman Langkawi Malaysia Triatlon dan Kejohanan Regata Diraja Antabangsa Langkawi (RLIR).

Berkaitan